|
|
Managepay sasar transaksi dalam talian meningkat, Berita Harian, 9 June 2011 |
 |
BACK >> |
|
Berita Harian
09/06/2011
Page: 35
Section: Business & Finance
Region: Malaysia Circulation: 160597
Type: Malaysia - Malay Newspapers
Size: 102.00 sq.cms
Frequency: MTWTFS |
|
MANAGEPAY Systems Bhd menyasar transaksi perdagangan secara dalam talian menerusi platform Malaysia Digital Enterprise Exchange (MDEX) di kalangan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) akan mencecah RM25 juta akhir tahun mi. Ketua Eksekutifnya, Chew Chee Seng, berkata platform perdagangan elektronik (e-dagang) yang dibangunkan anak syarikatnya, Multimedia Prospect Sdn Bhd menerusi inisiatif Id T kebangsaan MDeC itu kini mempunyai 3,300 pelanggan PKS. Katanya, menerusi aktiviti pemasaran, jualan dan promosi yang agresif, pihaknya yakin dapat menarik kira-kira 8,000 pengguna PKS yang berdaftar untuk menggunakan platform MDEX. "Jumlah pelanggan yang ramai amat penting kerana bagi meningkatkan keupayaan pasaran sesuatu komuniti dan mewujudkan ekosistem yang cekap dalam pemasaran produk mereka, justeru syarikat akan mengadakan promosi menyeluruh untuk meningkatkan jumlah pengguna berdaftar menjelang akhir tahun," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Ketua Eksekutif MDeC, Datuk Badlishann Ghazali; dan Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Hapsah Hashim. Lebih 21,600 produk dan perkhidmatan dimuat naik oleh pelanggan MDEX sehingga Mei dengan purata nilai transaksi lebih RM1 juta sebulan. MDEX dibangunkan bagi membantu PKS mewujudkan akses lebih luas dalam pemasaran khususnya bagi pemasaran dalam talian dengan menawarkan pelbagai kemudahan pembangunan aplikasi, penjualan produk dan jenama pada kos yang lebih murah dan cekap. Sementara itu, Hapsah berkata, PKS wajar menggunakan sepe: nuhnya kemudahan pemasaran dalam talian yang dibangunkan menerusi inisiatif kerajaan bagi membantu mereka meningkatkan skala operasi perniagaan masing-masing. |
|
BACK >> |
|
|
|
Share this :
|
|
|
|
|